Home /

Borang Pendaftaran Kanak-Kanak

Tahniah Anda Memilih Untuk Mempelajari Al-Quran.

Semoga Menjadi Catitan Amalan Baik Kepada Anda.

Sebelum Anda Mendaftar, Sila Baca Soalan Lazim Ini Terlebih dahulu

Adakah Anak Saya Akan Pandai Membaca Al-Quran Selepas Menyertai Kelas Ini?

Insyaallah. Semoga anak anda boleh membaca Al-Quran. Kelas ini tidak menjaminkan anak anda, namun pihak kami telah menyediakan modul-modul yang sebaiknya untuk anak anda. Proses pembelajaran mestilah diulang selalu jika ingin mendapatkan kesan yang pantas.

Berapakah Tempoh Pembelajaran?

Tempoh Pembelajaran Al-Quran Selama Setahun Mengikut Tahap. Kita mempunyai 3 tahap pembelajaran. ASAS (6 Bulan) . Tajwid (6 bulan) dan Talaqqi (12 Bulan). Jika anak anda seorang yang cepat belajar, dalam tempoh 12 bulan Pembelajaran insyaallah boleh membaca Al-Quran dengan Baik.

Berapakah Yuran Pembelajaran?

Yuran Pembelajaran Hanya RM100 Sebulan untuk kelas dua jam seminggu. Kita terpaksa mengenakan yuran kerana pusat pembelajaran ini bukanlah pusat hasil Wakaf dan derma. Kami menanngung Kos Sewa, Guru , Pengurusan Dan Bahan Api dan air untuk kegunaan semua.

Adakah Ada Program Lain?

Ya. Kami Ada Program untuk Dewasa dan remaja untuk Al-Quran dan Hafazan. Pertanyaan lanjut boleh whatsapp ke 010.454.0101

Perlukah Anak Saya membawa Al-quran atau Iqra' untuk kelas ini?

Tidak Perlu. Anak Anda cuma perlu bawa Al-Quran Semasa Kelas ditahap Talaqqi.

Apakah Teknik Yang dipelajari disini?

Kami membawa kaedah pembelajaran Al-Quran Teknik Al-Baghdadi. Ini kerana kaedah ini adalah suatu kaedah yang mudah untuk dipelajari dan membuatkan kelas lebih santai berbanding pembelajaran menggunakan kaedah lain.

Adakah Pusat Pembelajaran Ini Diiktiraf?

Ya. Pusat pembelajaran ini disokong oleh JAKIM dan Mufti2 seluruh Malaysia. Pusat pembelajaran ini juga mendapat 4 malaysia books of records untuk kaedah pembelajaranya.

Bilakah Kelas Bermula

Untuk Pengambilan kelas 2018, pihak kami buka pada setiap bulan. Sila daftar dahulu. Pihak Pengurusan akan memberitahu anda tarikh sebenar selepas ditetapkan.

Dimanakah Kelas Akan Diadakan.

Kelas akan diadakan di Akademi Pengajian Quran & Tahfiz. Serdang (Sebaris Restoran Hameeds dan atas MRM Carwash). Putrajaya pula di Shoplot berdekatan kawasan perumahan PRIMA Presint 11

Terima Kasih Kerana Telah Membaca Kesemua Soalan Lazim. Anda Boleh mendaftarkan diri anda dibawah. Jumpa Anda dikelas nanti. Insyaallah.